Assalammualaikum
melalui entry-entry di bawah saya banyak bercerita melalui gambar sahaja ... kali ini izinkan saya bercerita melalui tulisan :)
APA ITU KAUNSELING ?
*Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
*Kaunseling BUKAN bererti nasihat , walaupun terdapat nasihat yang diberikan. hubungan 2 hala
*Kaunseling merupakan proses pembelajaran semula melalui perkongsian cerita, atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru hasil interaksi bersama kaunselor
*Kaunseling ialah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.
TUJUAN KAUNSELING !
1. Memberi Maklumat
1. Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
2. Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
2. Menggalakkan Celik Akal
- Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran
- Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
3. Memberi Sokongan
- Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
4. Penyelesaian Konflik
- Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
- Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
5. Membuat keputusan
- Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan
- Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambi
![](http://signatures.mylivesignature.com/54489/296/503D87F9A9814718A322CA8E65C9DB23.png)
Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian. Ingin bertanya, jika kunseling bukan memberi nasihat, maka ia adalan memberi panduan dan pandangan?
ReplyDeleteAssalammualaikum , terima kasih maklumat di atas sangat membantu
ReplyDelete